MENGAPAKAH CAT #NIPPON TERBAIK UNTUK LUKISAN DINDING (MURAL)
- onwallmy
- Sep 17, 2020
- 2 min read
Updated: Sep 13, 2022
Ditulis oleh: Syamsul Addenno

Pernahkah anda terpikir ketika hendak membuat lukisan di dinding-dinding rumah, sekolah, pejabat, dan pelbagai tempat yang anda ingin melukis tetapi anda tidak tahu apakah cat yang sesuai untuk melukis lukisan dinding. Kami di On Wall Enterprise, Pakar Mural Anda menggunakan cat yang terbaik di antara terbaik, NIPPON, dan kami berikan 6 sebab kenapa kami memilih cat Nippon.

1. Kepelbagaian Warna
Ini merupakan sebab utama kenapa anda harus memilih Nippon. Nippon menawarkan pelbagai pilihan warna yang anda boleh pilih dengan senang. Jika anda ingin mulukis lukisan yang berwarna warni, Nippon menawarkan warna daripada warna asas sehingga ke warna sekunder dan tetier dengan warna yang menyegarkan.

2. Harga yang Berpatutan
Apabila anda mempunyai bajet yang sikit atau teerhad, anda boleh mengunakan cat Nippon. Nippon merupakan cat yang mempunyai permukaan yang nipis dan legap membuatkan anda boleh mengaplikasikan lapisan yang nipis dan warna anda masih lagi nampak legap dan tidak telus. Ini dapat mengurangkan kos keseluruhan proses melukis anda.

3. Cat yang Lasak
Ini merupakan satu lagi sebab kenapa anda perlu meilih Nippon. Nippon diperbuat daripada bahan-bahan yang tahan lasak. Nippon boleh memberikan anda kepastian jika anda ingin lukisan anda tahan lama tanpa seliaan yang kerap. Nipppon juga diperbuat daripada bahan yang kuat, jadi ia akan melekat dan melindungi permukaan lukisan anda untuk masa yang lama

4. Bebas daripada Kimia
Nippon terkenal dengan produk yang bebas daripada bahan yang merbahaya pada persekitaran. Produk Nippon merupakan produk zero volatile organic compound (VOC). Ini bermaksud anda boleh membuang bahan-bahan ini dengan senang. Selain itu Nippon juga bebas sebarang jenis campuran yang merbahaya dan logam. Jadi anda boleh melukis dinding anda tapa perlu risau akan keselamatan anda.

5. Senang Dijumpai di Seluruh Tempat.
Tidak seperti cat Pelaka, yang hanya dijual di kedai alat tulis. Nippon boleh didapati hanpir di seluruh Malaysia di seluruh kedai Hardware yang juga menjual alatan lain untuk melukis dnding. Jadi ini memudahkan proses kerja anda.
Nippon boleh menjadi pilihan yang tepat kepada untuk melukis dinding didinding-dinding rumah, sekolah, pejabat, dan pelbagai tempat lagi untuk anda mengekpresi diri anda di dalam lukisan. Ramai juga pelukis-pelukis mural yang kami jumpa juga menggunakan cat Nippon sebagai cat pilihan mereka. Jadi jika anda ingit melukis dinding, ingat untuk gunakan cat NIPPON.
Comments