top of page

BEST KE DEGREE SHOW UITM SHAH ALAM 2022? | ARTICLE REVIEW

Ditulis Oleh:

Arif Bakri

Buah Lakum Di Atas Talam…

Mengumpan Baung Bermacam Cara…

Assalamualaikum Hamba Bersalam…

Izinkan Hamba Melontar Bicara…


Yecaa pantun… hahaha… begitulah saya mulakan dengan serangkap pantun supaya Adat Melayu Tak Ditelan Zaman… Seni Melayu Disanjung-Sanjungkan~


Baiklah, tujuan saya menulis artikel ini adalah berkaitan dengan pengalaman saya sebagai pekerja OnWall Enterprise yang menghadiri satu “event” besar di UiTM Shah Alam semalam, 20 Ogos 2022. Jadi mesti anda tertanya-tanya “event” apa yang saya nak ceritakan di sini?


Ianya adalah “Ephemeral Fine Art Degree Show”.




EPHEMERAL FINE ART DEGREE SHOW


Event ini merupakan show karya seni pelajar-pelajar semester 6 atau erti kata lain Final Year Project pelajar Fine Art yang merangkumi Sculpture, Time Base, Printmaking, Ceramic dan Painting. Ia bermula pada 15 Ogos sehingga 19 Ogos akan tetapi tarikh akhir di tangguh sehingga semalam 20 Ogos yang bertempat di Annex Building, Ilham Complex UiTM Shah Alam dan dibuka dari 9 pagi hingga 5 petang.


Baiklah, begitulah serba sedikit maklumat berkenaan dengan event tersebut, maka saya lanjutkan dengan kisah ketakjubban saya sepanjang berada di hari terakhir event tersebut.


Kira-kira jam 2 petang kami tiba disana. Masuk sahaja di entrance event tu, saya bermati-matian ingatkan ada orang jual bahulu dan sebagainya akan tetapi Mata Telah Dikaburi Dek Ilusi Seni… yecaaa ayatt… sebenarnya itu hanyalah salah satu karya Sculpture yang ada pada dinding, di meja dan susunan yang kreatif itu membuatkan saya tertanya-tanya, “Dah start show ke?” and yes, it is… jadi perkara tu membuatkan saya kagum sebab karyanya yang realistik sampai terkadang rasa nak beli bungkusan bahulu itu.


Entrance yang kami lalui tadi merupakan aras pertama bangunan di mana menempatkan karya-karya printmaking. Di sana, ada yang membuat monotype printmaking, linocut print, etching dan sebagainya. Bahagian ni kami tak explore lebih mendalam cuma dapatlah juga lihat mesin press yang selalu disebut-sebut pensyarah saya dulu.

Kemudian, kami turun ke aras bawah di mana menempatkan karya-karya Time Base dan Sculpture. Di ruang Time Base, saya berpeluang melihat teknologi yang mereka gunakan iaitu Augmented Reality (AR). AR ni bukan pertama kali buat saya untuk explore tapi saya tetap kagum sebab teknologi ini adalah teknologi yang sama saya berlajar di bawah course Animation dan selalu diceritakan oleh pensyarah saya sendiri menandakan apa yang beliau bersyarah dalam kelas itu telah terbukti di depan mata.






Di aras yang sama, seorang pelajar UiTM yang bertugas sebagai petugas, beliau telah membawa kami ke sebuah ‘Bilik Gelap’ yang terdapat karya seperti Hologram Silat, dan apa yang menarik tumpuan saya adalah sebuah karya yang berkaitan dengan ‘Stress ODL’ – saya tak ingat tajuk dia tapi begitulah temanya… di bawah saya sertakan karya beliau dan nikmatilah keindahan dan kretiviti beliau.




Di destinasi terakhir pada aras yang sama juga, iaitu menempatkan Sculpture. Boleh dikatakan kesemua karya di sini sangat menakjubkan. Ada satu karya dimana ia berupa corak daripada arab tetapi sebaliknya ia sebenarnya merupakan corak yang digunakan oleh masyarakat Baba dan Nonya. Selain daripada itu, susunan sekumpulan arca semut juga turut menarik perhatian saya. Di akhir gambar pula iaitu berkenaan arca yang digantung dengan dihiasi barangan kitar semula, saya amat tertarik kerana kita bole berjalan dibawahnya dan melihat keindahannya. Mungkin pengkarya ni mahu tonjolkan yang meski ia daripada bahan kitar semula, ia tetap dapat menciptakan persekitaran yang indah. Mungkin juga ia lagi cantik jika sisi kiri dan kanannya terus jatuh ke lantai dan membentuk seperti sebuah terowong tapi, ia sekadar buah fikiran saya, mungkin juga ada mesej mengapa ia harus digantungkan...





Beralih pula ke aras dua dimana menempatkan karya-karya Painting dan Seramik. Di sana, saya lihat banyak karya yang cantik tetapi kebanyakkannya telah banyak di turunkan untuk selection mereka. Jadi, saya dah tidak berpeluang untuk melihatnya tapi tetap juga dapat melihat karya lain yang dihasilkan dengan berkualiti. Tanpa banyak kata, saya akan sajikan beberapa karya yang cantik untuk dinilai.




Maka dengan itu berakhirlah artikel saya pada hari ini.


KESIMPULAN


Apa yang dapat saya simpulkan adalah, semakin hari kita semakin banyak melahirkan generasi yang genius dalam penghasilan karya. Dan apa yang saya harapkan adalah, bagaimana kalau kita kedepankan lagi teknologi-teknologi baru contoh mengaplikasikan Augmented Reality (AR) ke dalam penghasilan painting. Mungkin suatu saat nanti apabila kita imbas sahaja painting melalui telefon pintar kita, mungkin ia akan menunjukkan cara penghasilan atau penerangan menarik dari segi audio yang dirakam sendiri oleh pengkarya berbanding membiarkan audien membaca teks penerangan yang ditampal bersebelahan dengan karya.


Baiklah itu sahaja daripada saya… semoga apa yang saya share ini memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat…

 
 
 

Comments


Post: Blog2_Post

0199004614

  • Instagram
  • Facebook
  • Twitter

©2020 by On Wall. Proudly created with Wix.com

bottom of page